Tentang Kami

Land Professional Economic Center (LPEC) ditubuhkan atas tujuan khusus untuk “Memperkasa Agenda Hartanah Bumiputra” dengan menawarkan khidmat yang terbaik kepada kerajaan, pelanggan hartanah dan pelabur terutamanya dalam bidang pengurusan tanah Bumiputra.

Kami menggabungkan empat kepakaran dalam pusat LPEC ini iaitu pengurusan hartanah, konsultan tanah, pengurusan data dan pengurusan dana.

Kami memilih konsep ‘Khalifah’ dimana pusat ini mensasarkan untuk menjadi pemimpin, pembimbing dan pelaksana dalam urusan hartanah bagi semua pihak yang terlibat.

a view of a city from a walkway
a view of a city from a walkway

150+

15

Years of experience

Happy clients

Objektif

  1. Menambah bilangan profesional tanah Bumiputera menerusi latihan dan pentauliahan untuk meningkat ilmu dan kesedaran kepentingan tanah untuk masyarakat.

  2. Mewujudkan Bank Maklumat Tanah Milik Bumiputera bagi tujuan analisis dan strategi optimisasi nilai dan faedah kepada semua.

  3. Mewujudkan Sekretariat Galakan Pemilikan Hartanah (SGPH) sejajar dengan visi“ 1 Bumiputera 1 Hartanah” dengan memulakan Expo Hartanah Bersepadu (EHB).

  4. Memajukan Instrumen, platform dan Tabung Amanah bagi menangani keperluan sumber kewangan ke arah optimisasi nilai hartanah Bumiputera.

  5. Mengoptimumkan nilai tanah-tanah & bangunan milik bumiputera, swasta, kerajaan negeri & persekutuan dengan program Sewa, Pajak & Upgrade (SPU).

  6. Memanfaatkan prinsip dan amalan Waqf sebagai initiatif strategik ke arah optimisasi nilai Hartanah Bumiputera dengan mewujudkan Sijil Wakaf Hartanah.

  7. Mempengaruhi dasar awam dan memperoleh sokongan massa Bumiputera melalui kajian, dialog, persidangan, acara khas, misi domestik dan seberang laut serta projek berimpak tinggi.

Sejajar dengan Visi dan Misi, LPEC kini berusaha mencapai objektif berikut

Servis Spesial

white modern cement building under blue sky
white modern cement building under blue sky
Penerbitan sukuk / Sijil Perlaburan Tanah Malaysia

Program penerbitan sukuk / Sijil Perlaburan Tanah Malaysia untuk mendanai program- program dibawah LPEC seperti program PETABUMI.

program ini dirancang untuk mendatangkan keuntungan kepada pelanggan diantara 8% - 15% semasa tarikh matang dan tebusan dibuat.

Pusat Wakaf Hartanah

Pusat Wakaf Hartanah melalui pengenalan Sijil Wakaf Hartanah

Dana Wakaf ini akan digunakan untuk menyelamatkan serta memajukan tanah- tanah dan projek-projek Bumiputra

Dana Wakaf ini adalah patuh syariah dan akan digunakan selepas diluluskan oleh lembaga syariah yang dilantik

bird's eye view of body of water near mountain
bird's eye view of body of water near mountain
Program Pemajuan Tanah Bumiputra (PETABUMI)

Program Pemajuan Tanah Bumiputra (PETABUMI) adalah sebuah program yang bakal membantu pemilik-pemilik tanah, pengusaha tanah dan pemaju tanah bumiputra untuk meningkatkan nilai tanah mereka dengan bantuan dana, khidmat nasihat dan latihan serta usahasama perlaburan.

Program ini dikendali oleh LPEC dengan bantuan Lembaga Juru Ukur Malaysia, Persatuan Peguam Muslim Malaysia dibantu oleh berberapa NGO lain bagi menjaya program peringkat nasional ini.

Antara Khidmat yang terkandung dalam PETABUMI adalah :

  1. Konsultan pemajuan tanah

  2. Khidmat bantuan pengurusan pemilikan tanah

  3. Khidmat Juru Ukur (dana dan nasihat)

  4. khidmat dana infrastuktur tanah bumiputra

  5. Khidmat Latihan Pemajuan Tanah

  6. Pemadanan Perniagaan dengan agensi terlibat dan rakan strategik

Pusat pajakan dan sewaan tanah merujuk kepada syarikat atau organisasi yang menawarkan perkhidmatan memajak atau menyewakan tanah kepada individu atau perniagaan. Jenis-jenis tanah yang biasanya ditawarkan untuk pajakan atau sewaan termasuk:

  1. Tanah Pertanian: Tanah yang digunakan untuk aktiviti pertanian seperti penanaman tanaman, penternakan, atau kegiatan agroindustri.

  2. Tanah Perindustrian: Tanah yang digunakan untuk aktiviti perindustrian seperti kilang, gudang, atau kemudahan logistik.

  3. Tanah Komersial: Tanah yang digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti kedai, pejabat, atau pusat perniagaan.

  4. Tanah Kediaman: Tanah yang digunakan untuk pembangunan perumahan atau kediaman.

  5. Tanah Rekreasi: Tanah yang digunakan untuk aktiviti rekreasi seperti taman, padang golf, atau kemudahan sukan.

Pusat Pajakan dan sewaan Tanah

Sebuah program dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bank dan BPEX bagi memastikan pelanggan mendapat kediaman terbaik diseluruh negara dengan harga yang berpatutan dan nilai yang terbaik

Program ini dirancang diadakan di seluruh negara bagi memberi peluang untuk penjawat awam menerima perkhidmatan terbaik oleh LPPSA.

mengabungkan expo hartanah dan hartanah mampu milik, expo tanah (lot banglo) expo pemilikan tanah penjawat awam dan expo wakaf

Expo Hartanah Bersepadu (EHAB)

Rakan Strategik

Afiliasi adalah amat bernilai untuk organisasi yang baik dan berjaya. Sekutu dengan ribuan tentera yang akan membantu anda memenangi satu pertempuran mahupun sebuah peperangan.

keys on hand
keys on hand
man writing on paper
man writing on paper